Selamat Hari Raya Aidilfitri saya sampaikan kepada semua kawan -kawan, kawan sejawat dan anak-anak murid sekalian.
Semoga semua yang menyambut hari yang mulia ini sentiasa gembira, selamat dan sihat.

Ketupat yang merupakan simbol kekeluargaan dan satu padu hati sentiasa dipegang sebagai satu tanda hormat menghormati diantara kaum-kaum di Malaysia pada hari yang mulai ini.
Saya bersyukur kerana mempunyai sekumpulan guru, kakitangan dan anak murid yang sentiasa mengamalkan kasih sayang, kesederhanaan dan saling hormat-menghormati di antara semua di SMK Seafield. Semoga kita akan amalkan nilai sayang-menyayangi selalu dan menjadikan negara ini disegani orang ramai.
Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga SMK Seafield yang meraikan hari yang mulia.
No comments:
Post a Comment